Monday, November 29, 2010

Ragam Manusia

Isnin 29.11.2010...Terkejut, terkedu, bengang, sakit hati dan lawak pun ada. Kenapa? Kerana hari ini saya telah menerima surat perletakan jawatan dari Store keeper cum Driver cum Ketua Ost. Best baca surat 'pakcik' ni..mcm karangan budak sekolah yang nak ambik PMR.

Dia menyuarakan hasrat untuk meletakkan jawatan 1 bulan notis tetapi Boss besar telah mengeluarkan arahan untuk bahagian akaun membayar gaji serta tuntutan-tuntutan yang lain dan beliau boleh berhenti serta merta..haaaa! ambik kau, nak sangat berhenti kan...

Surat beliau yang berjela-jela yang kononnya beliau tertekan dgn orang atasan yg mengeluarkan kata-kata kasar pada beliau serta tekanan kerja yang banyak tu sikit pun Boss tak baca...kesian, penat dia menulis, dah tulisan semua huruf besar.

Agaknya dia karang surat tu untuk meraih simpati dan pihak pengurusan akan memanggil beliau untuk berbincang..(ini instinct saya-lah) sekalinya...terus kena suruh berhenti..Apa kes???

Dahlah pergi tanpa sepatah kata, at least (kalau ada budi bahasa) jumpalah Boss besar, ucapkan terima kasih ke, minta maaf ke selama 5 tahun berkhidmat ini tak..ambik cek, serah kunci terus blah. Nak kata budak dah tua tapi tak ada adab lansung. Piiraahhhhh...saya memang marah

Masuk bagi salam nak keluar pun bagilah salam...susah sangat ke nak berbudi bahasa. Sungguh kurang sopan.