Friday, November 12, 2010

EPAL UNTUK TULANG SI KECIL

Makanan manis selalunya menjadi kegemaran si kecil. Apa kata anda gantikan makanan manis ini dengan rasa manis dari sebiji epal. MENGAPA ?Epal bukan hanya mempunyai rasa yang hebat tetapi juga baik untuk tumbesaran tulang kanak-kanak. Epal mengandungi banyak zat yang mengawal perkembangan tulang kanak-kanak dengan baik. Kandungan sejenis bahan galian yang dipnaggil 'BORON', di dalam sebiji buah epal amat penting untuk tulang yang sihat dan kuat. Malah epal juga mengandungi banyak anti-oksida iaitu bahan yang melindungi jantung daripada penyakit seperti serangan jantung dan angin ahmar.



Di petik dari majalah RASA keluaran bulan MEI 2008

DIET is a DIE with a 'T"

Another new post for today..Wow! I am really in a mood to blog. And my post will be regarding FITNESS, you see I am having weight problem since long..long..time ago. I did lost a few kg's few years back, after my 3rd C-Section which took placed 17th months ago, I've gained more kilo's. Huh ! Very sad with my new HUMPTY DUMPTY appearance now. So, I am taking my wise action to join my favourite fitness centre in town ...........and the result is I FEEL GOOD.

NO..NO..NO...I have not yet lose any weight, but I do feel good when I can get back to my routine like I did few years ago. Why Candi Soo Fitness?
Let me tell you something that you dont know..This gym is COOL, friendly and funny instructors. They offer variety of classes which you can choose that suits you best. 

I've been with a large and glamourous fitness centre before but nothing can compare with CS.

If u want to get fit...NOT FAT, come and join at URBAN 1, TAMAN MELAWATI.

TAZKIRAH HARI JUMAAT

10 CARA UNTUK MEMBAHAGIAKAN IBUBAPA

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka
melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan
kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih
perhatian.
 Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
 1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak
dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak
mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa.
Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan
mendidik anak.
 2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai
untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai
kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan
harian mereka diuruskan dengan baik
 Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon
kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana
mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al -Isra, ayat 24).  
Penerap dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
an amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar
diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu
menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan
sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya,
memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat,
berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda
menjawab: Berbakti kepada kedua ibu b
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
apa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada
jalan Allah.
 6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu
yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna
melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka
kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan
menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni
balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua
ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya
sebelum mati.
 7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah
lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain
Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut
usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap
mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan
lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud
merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin
menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk
menjelaskan keadaan sebenar.
8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi
kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan
seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam
majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap
meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan
menatap wajah anaknya.
 10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu
bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah
meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya,
melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi
kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan
kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk
membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa
untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan
meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih
hidup.



Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di
sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya
mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat
sepertinya,mungkin kita akan tahu
.